PENGENALAN

Inovasi bermaksud pembaharuan atau perubahan secara baru. Kemajuan dalam teknologi pertanian dan makanan makin berkembang sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan industri negara. Inovasi yang dicetuskan diharap dapat menjimatkan masa dan tenaga, menjana  peningkatan hasil, serta dapat meningkatkan kualiti hidup usahawan, petani dan industri kecil sederhana di Malaysia. Skop inovasi boleh berupa lukisan konsep, prototaip, kaedah atau produk sediada yang diubahsuai, atau produk baru.

OBJEKTIF

Meningkatkan kemahiran inovasi dan kreativiti dalam kalangan ahli MSAE

Menjadi platform kepada ahli MSAE berkongsi dan menunjukkan hasil inovasi berdasarkan bidang masing-masing

Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari melalui kerjasama dengan agensi dalam kementerian termasuk institusi pengajian tinggi, badan bukan-kerajaan, industri, persendirian di peringkat tempatan di dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

Meningkatkan semangat penyelidikan